Sejak dilancarkan beberapa bulan lalu, aplikasi FaceApp mula menjadi viral sejak minggu lalu.

Bagi yang belum tahu, FaceApp, merupakan aplikasi yang boleh mengubah swafoto menjadi lebih unik seperti menukar wajah seorang wanita kepada lelaki, tua ke muda, wajah murung menjadi ceria dan macam-macam lagi.

Swafoto juga boleh dicantum untuk pengguna membuat perbezaan wajah mereka sebelum dan selepas menggunakan FaceApp.

Aplikasi ini turut mendapat perhatian selebriti popular Malaysia seperti Datuk Aznil Nawawi, Fad Bocey, Aeril Zafril dan ramai lagi.

Ada juga beberapa akaun di Instagram yang menukar wajah selebriti kegemaran mereka menggunakan aplikasi ini.

Di bawah Astro Gempak kongsikan beberapa swafoto artis lelaki yang telah ditukar wajah mereka menggunakan FaceApp.

Yang penting, mereka kelihatan sangat cantik apabila ‘diwanitakan’ .

Sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *