Meski mendapat pujian menerusi keberkenasan lakonannya di dalam drama rantaian terbaru, Teratai Kemboja di samping Fasha Sandha dan ramai memuji skil pengacaraannya di Mentor Otai baru-baru ini, namun Elly Mazlien atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom mengakui nasibnya tidaklah berapa baik di dalam sisi nyanyian semasa.

Katanya kepada MH, dia menyifatkan apa yang berlaku adalah sebagai rezeki dan dia positif untuk memberikan yang terbaik dalam kerjaya.
“Lagu ‘kelaut’… Tak adalah sebenarnya saya jadi takut lagu baru tidak menetapi cita rasa dan tidak dimainkan di radio. Sebab saya risau jika hal itu berlaku setelah kita mengeluarkan kos untuk menerbitkan single baru. Mungkin rezeki saya bukan pada nyanyian setakat ini.

“Bagaimanapun insyaAllah pada suatu hari nanti bila semuanya sudah okay dari segi jadual baru saya akan fikir untuk kembali memeriahkan dunia seni dengan lagu baru. Cuma pada masa sekarang, saya masih ada mendapat jemputan membuat persembahan, menyanyikan lagu-lagu terdahulu,” kata Elly kepada MH.

Pada masa sama, bintang asal Perak ini juga tidak menafikan persembahannya dalam membuat persembahan menerusi lagu Perawan Atau Janda di program Gegar Vaganza musim ketiga lalu memberi impak tersendiri buatnya hingga kini.
Tapi Perawan Atau Janda, GV punya penangan masih ada. Kalau buat show, jika Perawan Atau Janda tak ada, Kak Lina kena baling kerusi dik. Jadi kena nyanyi. Tapi alhamdulillah,” akhirinya optimis.
Nah, kami belanja Perawan Atau Janda nyanyian Kak Lina yang diambil menerusi FB Live MH!

VIDEO :

Sumber : MediaHiburan / Soyalemon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *