Keadaan di sebuah pekan di sini pada mulanya tenang seperti biasa sahaja adanya.Kelihatan pengunjung sedang sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Ada yang sedang membeli belah, ada yang berbual dan ada yang sedang berkenderaan ke destinasi masing masing.

Namun secara tiba-tiba tanpa sebarang alasan yang boleh kita nampak dengan jelas, mereka semua kelihatan lari lintang pukang dan dalam keadaan takut dan cemas.

Ada yang terjatuh, ada yang terlanggar sesama sendiri dan ada juga kenderaan yang berlanggar.

Apa sebenarnya yang terjadi? Jika kita melihat video ini tanpa sebarang penerangan ada kemungkinan kita akan kehairanan.

Namun jika kita pernah mengalami situasi seperti ini atau kita ada sedikit pengetahuan maka kita boleh meneka apa alasan disebalik kekecohan itu.

Sebenarnya keadaan kalut dan cemas itu disebabkab oleh gegaran gempa bumi yang bermagnitud tinggi pada skala Richter.

Gegaran setahap itu bukan sahaja boleh menyebabkan kita terhoyong hayang malah akan menyebabkan kita hilang keseimbangan badan.Bangunan yang tinggi juga boleh bergoyang dan runtuh.

Mujurlah kita di Malaysia tidak pernah dilanda gempa bumi yang ekstrim.Bersyukurlah kita tinggal di negara yang aman.

Jom lihat video penuh di bawah, jangan lupa share ye.

Kredit : dharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *