Pernah muncul dalam muzik video penyanyi muda Aiman Tino sebagai kekasihnya, mungkin ramai yang tidak mengenali siapa remaja wanita yang dikenali sebagai Tunku Rania atau mesra dengan panggilan Affierania. Gadis jelita yang berusia 20-an ini sering curi tumpuan peminatnya kerana wajahnya yang manis.

Yang tidak mengenali gadis ini, Affierania merupakan Instafamous yang mempunyai peminat yang ramai di Instagram. Manakan tidak, kini Affierania sudah mempunyai lebih 100k pengikut di Instagram. Affierania seorang remaja yang terlihat ceria dan bahagian dengan aktiviti hariannya.

Dia sering memuat naik video bersama neneknya dan semestinya ramai peminatnya dapat menyaksikan kemesraan hubungan antara seorang cucu dan nenek sangat menghiburkan. Lagi-lagi, Affierania suka sangat menyakat neneknya dengan mengajak menari.

Aktif Dalam Sukan Futsal

Rania juga seorang remaja yang aktif dalam sukan futsal bersama rakan-rakanya. Energetik betul gadis cantik ni!

⚽ FUTSAL✔

A post shared by Tunkurania? (@affierania) on

Bekas Kekasih Aiman Tino?

Ya betul, Affierania bekas kekasih Aiman Tino, tetapi dalam muzik video sahaja. Jangan tertipu ya! Pada yang tak perasan, Affierania pernah berlakon sebagai watak Rania menerusi muzik video Permata Cinta nyanyian Aiman Tino.

Dalam muzik video itu, Rania sebagai kekasih Aiman namun hubungan cinta mereka yang terjalin sejak bangku sekolah terputus angkara muncul orang ketiga. Muzik Video itu telah mendapat lebih 32 Juta tontonan.

Sumber: IG Rania

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *