Sambutan ulangtahun kelahiran ahli keluarga adalah salah satu peristiwa terindah dan memberi kenangan. Membahagiakan insan tersayang di hari bahagianya pasti menjadi satu kenangan terindah bagi seluruh ahli keluarga.

Baru-baru ini, bekas pemain bola sepak terkenal dunia iaitu David Beckham telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-43. Semasa kejadian, Beckham dan keluarganya telah meraikan hari tersebut di sebuah restoran tanpa kehadiran anak sulungnya Brooklyn.

Brooklyn merupakan seorang pelajar yang menuntut dalam bidang fotografi di New York dan dikatakan tidak dapat pulang ke London pada hari berkenaan. Satu keluarga merinduinya namun apakan daya, mereka terpaksa menyambutnya tanpa kehadiran Brooklyn.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba, Brooklyn membuat kemunculan yang mengejutkan di restoran tersebut dan Beckham merupakan individu yang paling terharu dengan kejutan itu!

Sebaik sahaja Brooklyn masuk ke restoran berkenaan, dia terus pergi ke arah bapanya yang kelihatan terkejut lalu mereka terus berpelukan. Beckham juga dilihat memberikan ciuman di pipi anaknya itu.

Dapat digambarkan betapa eratnya hubungan antara bapa dan anak lelakinya ini. Satu pemandangan yang cukup menyentuh hati!

>>Untuk video penuh boleh tengok selepas baca artikel yang menarik ni ye.<<

Sementara itu, isteri Beckham iaitu Victoria yang sedang merakamkan detik sambutan tersebut turut terkejut melihat kehadiran Brooklyn. Anak bongsu mereka iaitu Harper, enam tahun turut memeriahkan lagi suasana dengan keletah comelnya.

“Saya tidak tahu Brooklyn nak datang!”.

Detik yang penuh dengan emosi kasih-sayang. Bahagia sungguh keluarga mereka bukan?

Cuba anda tonton video mengharukan ini. Saya nak pergi tandas sekejap, tiba-tiba mata masuk habuk…

Sumber : buletinnetizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *