Nampaknya baru-baru ini penyanyi Datuk Siti Nurhaliza telah mengadakan satu majlis khas bagi meraikan staf di bawah syarikatnya.

Difahamkan kesemua pekerja yang hadir merupakan staff syarikat SimplySiti, iaitu syarikat kosmetik milik Siti sendiri.

Siti menerusi laman Instagramnya sempat memuat naik gambar dan video pendek ketika majlis berkenaan diadakan kelmarin.

“Hari ni kita meraikan staff SimplySiti!,”ujarnya dalam video berkenaan.

Video berkenaan yang ditonton hampir 500K tontonan itu menerima komen positif daripada netizen.

Rata-rata memuji kemurahan hati Siti, malah ada yang sempat mengusik ingin berkerja di bawah syarikatnya.

SimpleSiti merupakan syarikat kosmetik yang mengeluarkan produk penjagaan muka seperti maskara, pembayang mata, pemerah pipi, bedak asas, gincu, pengilat bibir dan banyak lagi yang dibuka sejak tahun 2010 lagi.

Difahamkan produk berkenaan menggunakan teknologi daripada negara Korea dan pihak mereka menetapkan harga serendah RM18.90 sehingga RM69.90 menjadikan ianya salah satu produk mampu milik yang boleh dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Sumber : CeritaDunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *