Siapa yang tidak kenal dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Anak kelahiran Kuala Lipis ini telah berjaya mengharumkan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa. Semestinya segenap masyarakat mengemari lagu dendangan penyanyi ini termasuk lagu Cindai, Nirmala, Percayalah dan banyak lagi.

Baru-baru ini tular beberapa video nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan ibunya, Mak Mah dilaman Youtube. Maka, tidak hairanlah Siti memiliki suara bak buluh perindu dan ternyata diwarisi dari Mak Mah. Memang awesome habis!

Mak Mah nyanyi merdu!

Video berdurasi 3:41 minit tersebut menyaksikan persembahan pasangan anak beranak ini mendendangkan lagu Tiga Malam di majlis Sitizoners Gathering 2016. Memang meremang bulu roma! Merdu betul suara Mak Mah.

Lagu kesukaan Mak Mah

Manakala ini pula lagu Bisikan Hati nyanyian Mak Mah dan anak perempuannya, Dato Sri Siti Nurhaliza pada majlis yang sama. Ini merupakan salah satu lagu kegemaran Mak Mah yang sering didendangkan pada mana-mana majlis perkahwinan.

Bisikan hati

Pada usia 12 tahun, Dato Siti mula belajar menyanyikan lagu bergenre tradisional daripada ibunya. Keluarga Dato Siti bergiat aktif dalam dunia muzik dan sering membuat persembahan di majlis kenduri kahwin sekitar kampung halaman mereka.

Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Inilah bakat seni semulajadi yang mengalir dalam darah keluarga Dato Sri Siti Nurhaliza.

Credit: Youtube CTeafairuzcollections via Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *