Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kelihatan semakin langsing selepas selesai berpantang anak pertama, Siti Aafiyah.

Siti berkongsi foto terbaru di laman Instagram miliknya, @ctdk. PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi berita gembira apabila memberitahu berat badannya susut sebanyak 14 kilogram hanya selepas 17 hari melahirkan anak perempuannya, Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu.

Siti, 39, berkata penurunan berat badannya itu disebabkan faktor dia sering berjaga selain Aafiyah menyusu badan.

Malah penyanyi lagu Percayalah itu turut berterima kasih kepada anaknya kerana telah menolongnya mengurangkan berat badan.

“Alhamdulillah, hari ini, hari ke-17 ibu dan Siti Aafiyah selepas bersalin.

Siti Aafiyah penyeri hidup Siti dan Khalid.

“Ibu gembira sebab dah susut 14 kilogram (sebab berjaya dan Aafiyah kuat minum susu Ibu). Terima kasih anak ibu tolong Ibu. Alhamdulillah,” tulisnya di Instagram pada Rabu.

Siti melahirkan Siti Aafiyah secara pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara dengan berat 3.55 kilogram.

Penyanyi terkenal itu berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan pada 13 Oktober tahun lalu, dia mengumumkan sedang hamil anak pertamanya.

Pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza pernah berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas dia mengalami keguguran yang ketika itu kandungannya baru berusia dua bulan.

Kehadiran Siti Aafiyah menjadi penyeri dalam keluarga Siti dan Datuk K kerana menerusi perkahwinan terdahulu, Datuk K mempunyai empat orang anak, kesemuanya lelaki.

“#ootd blouse dari butik saya @creacionbysitinurhaliza dan instant shawl dari @galeriariani.

“Nampak kurus ke? Saya tak edit tau.. Baju ni yang buat saya nampak kurus.. Cepat pergi beli kalau nak nampak kurus (Eh tak! Yang terer ni tukang ambil gambar ni) @cteafairuz,” seloroh Siti.

Siti melahirkan puteri sulungnya dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.

Menerusi kemas kini Instagram Siti juga, penyanyi lagu Di Kayangan Kita itu mendedahkan dia kembali ke studio rakaman menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

“Ada recording tapi mengantuk,” tulis Siti ringkas. Entri tersebut turut disertakan dengan hashtag #simptomibuanakkecil #takcukuptidoq #kugagahi. Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak turut memuat naik sekeping foto Siti di studio.

Foto tersebut dikongsi di laman Instagram Rozi,
@rozisangdewi.

“@ctdk kembali ke studio? Siapa pula yang berbaju putih tu? Tunggu,” tulis Rozi.

Rata-rata peminat memuji penampilan Siti yang kembali langsing selepas tamat tempoh berpantang.

SUMBER:GEMPAK & MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *