Semalam merupakan hari yang penting di dalam sejarah Malaysia semenjak penubuhannya pada tahun 1963 apabila mencatatkan pemindahan kuasa kepada pihak pembangkang setelah tampuk pemerintahan diterajui oleh Barisan Nasional semenjak dari tahun 1957 lagi.

Barisan pembangkang atau dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) yang dikepalai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir telah berjaya memperolehi kemenangan yang besar buat pertama kalinya.

Di dalam sebuah video yang menjadi tular semenjak lewat malam semalam, isteri Tun M, Tun Dr. Siti Hasmah telah mengucapkan tahniah kepada suaminya itu setelah kemenangan berpihak kepada gabungan parti yang dipimpin oleh suaminya itu.

Ada air sembahyang ke?

 

Tun Dr. Siti Hasmah sempat bertanya sama ada ada air sembahyang atau pun tidak sebelum memeluk erat dan mencium suaminya itu.

Bangun pagi, terus menitis air mata

Video yang berlegar-legar di Facebook dan Whatsapp ini telah membuatkan hati rakyat Malaysia, terutamanya di kalangan penyokong PH berasa terharu dengan sikap supportive yang diberikan oleh Tun Dr. Siti Hasmah itu.

Sumber: Ohmymedi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *