PELAKON Emma Maembong menegaskan dia tidak mempunyai masa untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki buat masa kini.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 26, berkata dia hanya ingin berkawan dengan semua orang dan berharap netizen bertenang sahaja.

Chill semua, saya tak ada masa lagi nak bercinta-cinta ni.

“Jangan asal muat naik (berkongsi foto) je bercinta. Tak salahkan saya nak berkawan dengan semua.

Emma memberitahu perkara tersebut disebabkan ada segelintir netizen yang mempersoalkan hubungannya dengan pelakon Alvin Chong.

Rata-rata pengikut di laman sosial turut bersetuju dan beranggapan pelakon yang berasal dari pantai timur itu berhak untuk berkawan dengan semua orang.

“Emma masih bujang lagi, apa nak hairan berkawan dengan sesiapa pun. Lagipun dia pandai menjaga perbatasan pengaulan dan suka tengok dia pakai tudung, sopan saja.

Sebelum ini, Emma ada memuat naik foto bersama Alvin ketika mereka di Jakarta untuk menonton konsert Katy Perry

Difahamkan, Emma tidak hanya bersama dengan Alvin ketika menghadiri konsert tersebut namun turut disertai rakan-rakan lain.

Terbaru, Emma memuat naik foto bersama pelakon Kamal Adli dengan ucapan selamat hari lahir turut mendapat perhatian netizen.

Sumber : Mstar

Comel je Emma Maembong ajar anak buah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *