Pameran kereta pastinya menampilkan beberapa orang model wanita yang berpakaian seksi bagi menarik perhatian beberapa orang tetamu yang hadir disitu.

Dengan bayaran masuk yang minimum, anda bakal dihidangkan dengan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya sesi pandu uji, pertunjukkan drift, pameran kereta klasik, gerai jualan makanan, aksesori dan ruangan permainan untuk kanak-kanak.

Pameran Autoshow biasanya disertai oleh puluhan, malah ratusan peserta yang meliputi pelbagai jenama kenderaan, perkhidmatan selepas jualan, aksesori dan banyak lagi. Paling penting, pelbagai promosi ‘tidak masuk akal’ akan diadakan.

Lebih menarik, pelbagai hadiah menarik turut disediakan kepada pengunjung yang bertuah. Ada masa pengungjung yang berjaya membuat tempahan layak menyertai peraduan ‘Buy a Car, Win a Car’ dan berpeluang memenangi hadiah utama termasuk sebuah kereta baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *