Viral di media sosial apabila tersebarnya sebuah video yang cukup mengejutkan. Apa yang berlaku dalam video tersebut mungkin agak kasar dan tidak patut kerana orang yang terlibat dalam video tersebut adalah budak sekolah dan bukan orang dewasa. Didalam kesibukan orang ramai di depan sekolah berlaku sebuah pergaduhan yang agak tidak patut antara pelajar sekolah dan dikutuk teruk netizen.

Seorang pelajar sekolah boleh dilihat menendang seorang lagi pelajar sewaktu menunggang motosikal. Sehingga pelajar tersebut gagal mengawal motosikalnya dan melanggar sebuah kenderaan perodua Myvi yang berada di tepi jalan tersebut . Perakam video tersebut adalah seorang perempuan berdasarkan suara yang didengar dari video tersebut . Perakam tersebut juga seolah olah tahu bahawa pergaduhan itu akan berlaku namun tidak menyangka suspek akan bertindak demikian.

Kejadian tersebut mengundang kemarahan netizen kepada pelajar tersebut kerana ianya bukan insiden pergaduhan biasa malah ianya boleh membawa maut kerana pelajar tersebut telah menendang seorang lagi pelajar yang menaiki motosikal diatas jalan raya dan mungkin boleh menyebabkan pelajar tersebut terbabas dan dilanggar oleh kenderaaan yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Menurut beberapa orang yang berada di tempat kejadian, kejadian berlaku di sebuah sekolah di Kelantan yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Kota yang dikatakan berdekatan dengan stesen TV RTM dan Wakaf Che Yeh , Kelantan.

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *