Baru-baru ini kecoh dengan penampilan seorang individu yang diberi nama Syed Saddiq ketika hadir ke program Meletop. Ternyata memang ramai peminat perempuan rupanya Syed ni kan?

Banyak momen-momen kelakar dan menggelikan hati ketika Syed Saddiq ditemubual di MeleTop. Tengok saja perangai Nabil yang suka mengusik dan memadankannya dengan Neelofa.

Namun ramai juga netizen yang merasakan kalau Neelofa sangat sesuai dengan jejaka kelahiran Muar ini, tak kurang juga haters yang menolak segala match making yang dilakukan orang ramai. Alaa gurau-gurau je tu..

Tetapi apa yang menarik perhatian apabila Youtube rasmi MeleTop memuatnaik video belakang tabir bersama Syed Saddiq dan menanyakan beberapa soalan tentang dirinya.

Di dalam video itu terlihat Nabil yang sedang beramah mesra dengannya menunggu kehadiran Neelofa dan sejurus saja pengasas Naelofar Hijab itu sampai mereka berdua bersalaman.

Babak ini menyebabkan ramai orang mempersoalkan status Neelofa yang sudah bergelar Hajjah namun masih bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim.

Artis, so tak heran bersalam

Okay semua fokus Lofa salam Syed Saddiq kan

Muslimah tapi hipokrit?

Sebelum ni tolak bersalaman dengan lelaki

2-3 tahun lepas Lofa tak mahu handshake

Neelofa salam Syed Saddiq pada minit 0:30

Sumber: Youtube Meletop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *