Bila tiba saja bulan Ramadan, pastinya nostalgia pada bulan-bulan Ramadan yang lepas kembali mengamit memori bersama keluarga, sahabat dan drama-drama menarik di TV.

Bagi mereka yang pernah menonton drama di TV3 iaitu Diari Ramadan Rafiqaue, ini merupakan sebuah drama yang sangat sinonim dengan bulan puasa dan menggamit memori.

Drama yang pernah menjadi popular suatu ketika dahulu pada tahun 2006 kerana drama tersebut ‘dekat’ dengan jiwa masyrakat lebih-lebih lagi kanak-kanak yang menghadapi cabaran dan dugaan ketika berpuasa. Aksi pelakon kanak-kanak bermuka mat salleh sentiasa menghiasi kaca TV yang sangat mencuit hati.

OST lagu menerusi drama tersebut masih terngiang-ngiang dalam fikiran masyrakat kerana lagu tersebut yang catchy dan menghiburkan. Mungkin ramai yang tidak mengenali penyanyi asal lagu Diari Ramadhan Rafique merupakan seorang yang kecil molek iaitu Bella Astillah (isteri kepada Aliff Aziz).

Terbaru, beliau telah berkongsi sebuah video di akaun Instagramnya dan menyanyikan lagu tersebut dengan imejnya yang behijab. Mungkin terlalu ramai masyrakat requested dan rindu akan drama tersebut, oleh itu Bella telah memuat naik video tersebut.

Rata-rata peminat telah meninggalkan komen dalam ruangan video tersebut.

Cutenya Bella.

Rindu nak tengok drama Diari Ramadhan Rafique.

Baru tahu penyanyi asal.

Keluarga bahagia Bella.

Sumber : Bella

Kredit; Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *