Mula mengenakan hijab semenjak penghujung tahun lalu, penampilan pelakon Ardell Aryana semakin mencuri perhatian netizen.

Imej Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, sering mendapat pujian peminat di laman Instagram miliknya.

Kelihatan lebih manis selepas mengenakan tudung, Ardell sering tampil dengan gaya hijab ringkas.

Malah, ada peminat memuji kejelitaan Ardell yang terserlah biarpun mengenakan gaya tudung ala ‘makcik’.


Biodata Ardell Aryana, siapa Ardell Aryana, gambar Ardell Aryana

Biodata Ardell Aryana, beliau merupakan seorang pengacara tv dan pelakon wanita Malaysia. Beliau juga merupakan artis di bawah Prokuya Studios milik pelakon Farid Kamil dan Fadzil Zahari. Penglibatan Ardell dalam bidang ini, bermula secara tidak sengaja.

Ketika itu, beliau membantu seorang rakan untuk menjadi pelakon tambahan bagi menjayakan projek filem pendeknya di universiti dan sejak itu, Ardell mula mendapat panggilan daripada produksi yang berminat untuk menawarkan beliau berlakon. Sepanjang tahun 2013, beliau aktif berlakon namun mengambil keputusan untuk memperlahankan langkah ekoran tidak yakin dengan kebolehan diri. Namun, pendiriannya lantas berubah selepas bernaung di bawah syarikat pengurusan Prokuya Studio Sdn Bhd milik Fadzil Zahari iaitu suami kepada aktres jelita, Yana Samsudin, pada tahun 2015.

Beliau juga kembali aktif pada tahun yang sama berkat dorongan dan sokongan daripada syarikat pengurusan ia membantu memulihkan semangat beliau malah, hubungan mereka yang rapat seperti satu keluarga.

Baru-baru ini menurut laporan berita laman sosial, Ardell dah mula berhijrah dengan memakai hijab sepenuhnya, tahniah diatasw penghijrahan ini

Biodata Ardell Aryana
Nama Penuh: Nurul Hidayah Mohd Ami, Nama Popular: Ardell Aryan, Tarikh Lahir: 1990, Umur: 26 Tahun (2016), Hobi: Sukan lasak, Kerjaya: Pelakon dan Usahawan Kosmetik, Drama: A.K.U, Jodoh, Baby Ana Milik Siapa, Jiwa, Dia Isteri Luar Biasa, Duri Dalam Hati, Asam Pedas Untuk Dia, Ku Kejar Bintang, Wadi, Filem: CCTV

Instagram Ardell Aryana: https://instagram.com/ardellaryana, Twitter Ardell Aryana: https://twitter.com/vaniazouravliov, Facebook: https://www.facebook.com/ardellaryanapage

Perkara Menarik Mengenai Ardell Aryana
Beliau mempunyai 2 karektor dan imej yang berbeza dalam lakonan dan kehidupan seharian iaitu imej pengkid/tomboy dan imej gadis Melayu sopan bertudung. Mengusahakan jenama kosmetik sendiri iaitu A’dell Beauty sambil dibantu ibunya. Sudah berhijab sepenuhnya.

Sumber : blogameer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *