Tahniah kepada Kumpulan Zero yang telah berjaya membuat Rancangan sketsa muzikal ‘Opera Zero’ di saluran Astro.Rakaman baru-baru ini telah menampilkan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau lebih mesra disapa Nana.

Dalam video tersebut Nana telah bergandingan dengan kumpulan Zero iaitu iaitu tiga adik beradik ini mempunyai chemistry tersendiri yang boleh membuat jutaan rakyat Malaysia tergelak berdekah-dekah dengan lawak mereka.

MEMPAMERKAN GENRE IAITU SKETSA MUZIKAL DALAM ‘OPERA ZERO’, MAKA RANCANGAN INI MEMPAMERKAN NYAYIAN DAN PERSEMBAHAN SECARA SPONTAN TANPA SEBARANG PENULISAN SKRIB DAN TANPA RANCANGAN AWAL. NANA TELAH MENYANYIKAN LAGU ‘PUTUS TERPAKSA’ DAN TELAH MENARIK PERHATIAN NETIZEN DI LUAR SANA KERANA KEBOLEHANNYA MENYANYI LAGU TERSEBUT DENGAN BAIK.

Maka setiap apa yang dilakonkan mestilah secara bersahaja dan tanpa latihan. Menerusi posting yang telah ditulis oleh Siti Nordiana beliau telah mengatakan semua dialog beliau tuturkan hanyalah ikut suka apa yang beliau ingin katakan.

Hahah sape tengok #operazero tadi??? First time berlakon ngan @sharif_zero @syaiful_zero @akueatu!! Sib baik skrip boleh ikut suka. Memang fun habislah !!
Ramai netizen yang terhibur dengan nyanyian dan lakonan yang Nana tampilkan. Ramai yang memuji suara beliau dan memberi sokongan kepada beliau.

Video yang telah dimuatnaik di Instagram Nana dan video tersebut merupakan rakaman daripada rancangan tersebut. Video tersebut telah mendapat 12.7k tontonan dan telah mendapat pelbagai komen dan reaksi daripada peminatnya sendiri.

Dah tengok tadi serius lawak…

Memang best ala-ala muzikal mini gitu…

Ni kak Nana ke siap nak tumbuk-tumbuk…

Best u belakon komedi…

Kelakar and comel ahh kak nana nie…

Best time kak nana cakap ‘hensemnya’ tu lawak…

Merdu laa suara…

Terdahulu, lakonan Nana bersama Alif dalam drama Dia Semanis Honey pada 2016 mencetuskan fenomena dalam kalangan penonton drama Melayu di negara ini. Gandingan terbaik Nana dan Alif yang mendapat jolokan pasangan ‘Kajol & Shah Rukh Khan Malaysia’ itu kini muncul dengan single duet pertama mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *