Kebiasaannya, bila sebut tentang barber atau tukang gunting rambut, pasti terkait dengan lelaki yang memakai apron dipenuhi dengan alatan gunting rambut. Tambahan pula, sekarang ni zaman hipster, maka gaya peribadi si tukang gunting rambut serta rambut mereka juga sangat hipster!

Berbeza dengan 1 kedai gunting rambut yang terletak di distrik Klaeng, Rayong. Pemilik salon gunting rambut yang diberi nama The Top Barber and Salon ini sangat berbeza dengan mana-mana barber lain! Nama Nitchamon Jirapatchanon mula mendapat perhatian bila gambar-gambar peribadinya serta gambar dia sedang mengunting rambut tersebar dalam media sosial.

Salon yang dibuka pada 9 januari 2017 ini mula dipenuhi pelangan yang mahukan rambut mereka di gunting oleh Nitchamon Jirapatchanon. Malah ada daripada mereka yang ingin rambut mereka cepat panjang agar dapat datang semula ke kedai ini hanya untuk melihat gadis cantik ini. Tak keterlaluan juga Ada yang sanggup datang dari jauh! Fuh!

Daripada beberapa bacaan kami, ada juga yang sangsi dengan “keaslian” Nitchamon Jirapatchanon. Ada yang berkata, dia adalah seorang lelaki. Apa pun, pada mata seorang “lelaki” gadis ini sangat sempurna. Si tukang gunting rambut yang penuh gaya dan seksi! Kami pasti, lepas daripada bacaan ini, ramai lelaki akan mula mencari, siapa si cantik tukang gunting rambut di Thailand ni kan? hehehe.

Sumber : mukabukuviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *