Seperti si kecil ini yang berjaya menarik perhatian ramai. Tular di media sosial sebuah video berdurasi 54 saat menunjukkan seorang kanak-kanak mencuri popcorn milik Putera Britain, Putera Harry.

Kanak-kanak itu yang dikatakan bernama Emily Henson mengambil popcorn yang sedang dimakan oleh seorang putera raja.

Dalam pada itu, Putera Harry sedang asyik menonton sebuah perlawanan, kanak-kanak itu secara diam mengambil popcorn milik Putera Harry tanpa disedari dan aksi ini berjaya dirakam oleh lensa kamera.

Ketika itu juga, putera itu sedang asyik bersembang dengan seorang lelaki di sebelahnya.

Emily telah mengambil satu demi satu popcorn dari Putera Harry tanpa rasa bersalah.
Namun, kelihatan ibunya hanya membiarkan sahaja perbuatan anaknya itu sambil gelak ketawa.

Bagaimanapun, reaksi Prince Harry sangat mengejutkan. Putera raja itu dengan segera menarik popcornnya menjauhi Emily apabila menyedari popcornnya dicuri. Tetapi dia hanya bergurau dengan si kecil itu.

Gurauan bersama Emily menunjukkan bahawa beliau benar-benar seorang yang peramah walaupun berasal daripada keturunan raja. Dalam masa yang sama, dia sempat menyuapkan Emily popcorn miliknya.

Rata-rata mereka memuji sikap peramah dan penyayang yang ditunjukkan oleh putera raja itu. Ada juga berkata Emily sangat bertuah kerana dapat makan popcorn bersama putera raja.

Bagaimanapun, video itu juga dikecam kerana ibunya membiarkan anaknya dengan senangnya mengambil makanan orang lain membuatkan seperti anaknya seolah mencuri.

Perkongsian yang dimuat naik The Independents itu telah menerima lebih daripada 42 Juta tontonan dan 350 Ribu share di facebook.

Jom lihat video penuh di bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *