Sejak kebelakangan ini, satu lagu Indonesia yang berjudul Lagi Syantik menjadi siulan orang ramai dan telah tular rata-rata melalui laman media sosial.

Lagu nyanyian Siti Badriah itu turut menarik perhatian beberapa artis tempatan seperti Fasha Sandha dan Wani Kayrie yang melakukan parodi tarian lagu tersebut.

Walaupun lagu tersebut mencatat lebih 24 juta tontonan sejak dimuat naik di YouTube pada 22 Mac lalu, namun masih ramai yang belum mengetahui siapakah gerangan penyanyi disebalik lagu ciptaan Yogi dan Donall itu.

Jom kita ‘bongkar’ serba sedikit latar belakang Siti Badriah ini, nama pun unik apatah lagi muka dan suaranya kan. Asyikkk banget!

Lebih mesra dipanggil Sibad

Baru berusia 27 tahun

Berasal dari Bekasi, Indonesia

Mula menyanyi sejak kecil

Aktif dalam industri pada 2013

Meminati genre dangdut

Merupakan pelakon filem & sinetron

Masih belum berpunya

Ramadan kali ini juga, Sibad turut melancarkan single ketuhanan dalam sebuah kompilasi bersama artis di bawah naungan Nagaswara iaitu lagu ciptaan Yogi RPH berjudul Astaghfirullah.

Semoga kerjaya nyanyian Sibad semakin menyerlah dan menyinar dengan menghasilkan lagu-lagu berkualiti yang menjadi halwa telinga buat peminat industri muzik tanah air!

Sumber : Siti Badriah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *