Masuk bulan Ramadan ni, perkara yang ditunggu-tunggu tentunya masuk waktu berbuka puasa. Masa itu, memang nafsu makan tu mesti membuak-buak kan?

MH percaya mesti ramai yang ada cara masing-masing sementara menunggu waktu berbuka kan? Ada yang tengok TV, main game dan juga tidur.

Cakap pasal tidur, MH terhibur dengan video perkongsian pengarah terkenal, Jinggo yang juga merupakan suami kepada pelakon, Sheila Rusly di laman Instagramnya apabila dia mengenakan anaknya yang sedang tidur.

“Assalamualaikum Malaya, Ramadan Al-Mubarak Malaysia di mane saje kome berade. Cereka Tok Sidang hari ni pasal permintaan Geng Tok Sidang yang nak teman ‘prank’ si abang.

“Si Adek @luthmikhail20 dah payah, dah dapat baca akal Tok Sidang dah! Hari ni baru dapat cantik punya time.

“Nah amek followers @uzairhaqimy69 yang tak henti-henti request Tok Sidang kacau abangnye pulok. @uzairhaqimy69 masih angin dgn Tok Sidang ni,” tulisnya.

Alahai, kesian pula MH abang terpinga-pinga dikacau bapanya, lepas itu kena bebel pula dengan mamanya.

Turut terhibur dengan video tersebut adalah para netizen. Menerusi pemerhatian MH di ruangan komen, ramai yang melahirkan rasa simpati pada anak Jinggo dan Sheila.

Adoy, nasiblah dapat bapa suka mengusik ya. Apa-apapun MH memang sangat terhibur dengan video tersebut.

Sumber: IG Jinggo / MH via BeritaSteady.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *