Pada awal penglibatan dalam industri seni, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sentiasa dipalitkan dengan kontroversi mengenai kisah peribadi dirinya yang sensasi.

Namun kini, artis kelahiran Singapura itu semakin bahagia menjalani kehidupan dengan isterinya Bella Astillah serta kehadiran cahaya mata lelaki mereka yang berusia 10 bulan.

Terbaru, Bella yang juga kakak kepada penyanyi Didi Astillah itu ada memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya yang kelihatan suaminya membacakan surah Ar-Rahman untuk anak mereka, Mohamad Ayden Adrean.

“Ayden’s favourite surah. Thank you daddy kasi tidur Ayden ni malam sebab habis shoot awal @aliffaziz91…,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Rakaman video berdurasi seminit itu kelihatan Aliff membaca surah berkenaan dengan cukup merdu dan berhati-hati dalam menjaga tajwid dan makhraj sambil mendukung anaknya yang sedang lena tidur.

Sementara itu di ruangan komen video berkenaan, rata-rata peminat pasangan ini dihujani dengan ucapan dan doa yang baik-baik serta memuji kemerduan suara Aliff.

Sumber : Bella Astillah / Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *