Apabila punya ibu dan ayah yang popular,maka secara tidak langsung ianya juga akan tetap tercalit pada sang anak. Kehidupan anak kepada selebriti pula tidak lari dari perhatian ramai sejak awal kelahiran sehingga ke hari dewasa. Itulah yang di lalui oleh Aleesya yang menjadi anak kepada artis terkenal Malaysia, Erra Fazira.

Sebelum ini Aleesya di lihat masih kecil. Namun sekarang dirinya di lihat semakin dewasa dan nampak semakin matang. Bagi Erra Fazira dan juga bekas suami, walaupun mereka sudah tidak bersama, namun mereka tetap melakukan banyak hal yang menggembirakan buat Aleesya. Sebagai contoh, untuk menyambut hari lahir Aleesya,ianya tiada masalah untuk mereka menyambut bersama walau sudah tidak tinggal sebumbung.

Aleesya di lihat sangat punya iras dengan wajah ibunya.Semakin dia dewasa, semakin nampak wajahnya makin comel dan menawan. Dia juga di lihat sebagai seorang anak yang petah bila bercakap. Melalui akaun IG, Erra selalu berkongsi detik bahagia dengan Aleesya walaupun dia sibuk bekerja. Sebagai contoh, ketika memandu pun Erra boleh lagi membuat rakaman video beersama anaknya.

Seperti dalam rakaman video ini, netizen menyatakan ia adalah saat yang sangat manis antara ibu dan anak.Aleesya ada waktunya tinggal dengan ayahnya dan ada waktunya dia akan tinggal dengan sang ibu. Walaupun selalu berulang-alik ke rumah ayah dan ibu, dia di lihat bahagia dengan hidupnya. Rakaman video ini juga di lihat lucu apabila Erra suka untuk bergurau dengan anaknya itu.

Rakaman video itu di katakan adalah ucapan hari lahir dari Aunty Era dan juga Aleesya buat rakannya bernama Laura. Kredit untuk ibu Laura yang memuat naik ucapan sweet ini di laman Ignya.

Sumber: IG Lynaz20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *