Siapa yang tidak kenal dengan pelawak popular, Tauke Jambu atau nama sebenarnya Zamatul Amri Bin Zakaria yang pernah memasuki pertandingan Raja Lawak bersama sahabat baiknya Allahyarham Yus Jambu. Gandingan lawaknya yang mantap sebagai kumpulan Jambu masih diingati sehingga sekarang.

Malah, Tauke juga bukan sahaja pelawak hebat, namun dia juga merupakan seorang penyanyi, pelakon, penulis skrip, dan juga pengarah filem. Pendek kata, Tauke ni memang serba boleh orangnya.

Apa yang menarik perhatian netizen baru-baru ini, dia ada memuatnaik video parodi lawaknya dalam laman media sosial Instagramnya. Video parodi lawak itu dibuat berdasarkan video sebenar seorang budak perempuan yang kantoi pergi ke dapur untuk minum air.

Tauke telah memuatnaik video parodinya beserta dengan kapsyen “Gua mengamuk aja kang!! Gua cakap gua puasa gua puasa la..”. Ternyata video parodinya sangat kelakar sehingga mencuit hati netizen yang menonton videonya.

Dalam video parodinya itu, Tauke telah membuat miming suara budak perempuan yang kantoi puasa. Memang hebat lah Tauke buat miming. Apa tidaknya, nampak macam real jaa cara dia bercakap. Ada sahaja ideanya untuk membuat video parodi lawak.

Pelbagai reaksi dan komen daripada netizen yang melihat video parodi Tauke. Rata-rata netizen tak kering gusi melihat video parodi lawak daripada Tauke. Ada yang ketawa sampai nak pecah perut. Tak kurang juga yang tengok berulang-ulang kali. Malah, ada juga netizen yang tanya sama ada Tauke tersedut helium belon ke. Apa-apa pun video parodi daripada Tauke memang tak pernah mengecewakan peminat-peminatnya.

Video parodi lawak kantoi tak puasa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *