Tak dapat dinafikan keluarga pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sering mendapat perhatian daripada netizen kerana mereka mempunyai sebuah keluarga yang sangat ceria dan terserlah kasih sayang di antara satu sama lain.

Terbaru, Wawa ada memuat naik satu video di Instagramnya yang merakamkan anak bongsunya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa sedang mencium wajahnya tanpa henti.

Namun begitu apa yang mencuit hati netizen adalah apabila Aeril dilihat seperti cemburu melihat anaknya mencium wajah isterinya, kemudian dia meminta anaknya memeluk dirinya namun tidak dilayan oleh Hayla.

Disebabkan itu, Aeril sengaja menyakat anaknya itu dengan menarik seluarnya. Aduh cemburu ke tu Aeril? Hihi

Oklah jom MH belanja sikit video keluarga bahagia ini.

tak cukup nyakat mak dia anak dia pun tak habes2 kene sakat ngn @aeril_zafrel 😢

A post shared by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on

“tak cukup nyakat mak dia anak dia pun tak habes2 kene sakat ngn @aeril_zafrel 😢,” tulis Wawa di ruang kapsyen.
Rata-rata netizen begitu terhibur melihat gelagat Aeril yang kelihatan seperti cemburu dan juga gelagat Hayla mencium ibunya.

noorzila_: Satu Muka Ank cium.. Ayah nyer X dpt Jeles laaa hehehe
eyzma87: bestnya keluarga bahagia..hehe..suka tgk wawa dgn aeril..moga u all bahagia selalu hendaknya
ilocano_girl: Ayah cemburu ba tu mahu juga dcium… Naa kasian rangg si ayah @aeril_zafrel @w4w4_zainal
_diwidwily: eishh ayah niii jeles lah tu
Seronok lihat kasih sayang keluarga Aeril dan Wawa ini. MH doakan agar kasih sayang mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sumber: Instagram Wawa Zainal

Sumber:MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *