Dahulunya pasangan sama cantik sama padan ini menjadi perhatian ramai kerana terpalit kontroversi, namun kini Aliff Aziz dan pasangannya Bella Astillah menjadi perhatian netizen apatah lagi dilihat serasi bersama.

Tidak hanya serasi bersama, menerusi video ‘I promise daddy’ dari aplikasi yang kini menjadi viral iaitu Tik Tok. Pasangan ini turut mencuba aplikasi tersebut dan menerima pujian netizen kerana dilihat comel bersama.

Pasangan ini juga memiliki seorang cahaya mata lelaki, Ayden Adrean yang dilahirkan pada tahun lalu. Setelah berkahwin pada 9 September 2016 dan sehingga kini mereka kelihatan semakin bahagia bersama.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Aliff di laman sosial Instagram miliknya itu, ia mendapat lebih 900k tontonan sehinggakan ramai memuji telatah mereka yang comel sehingga ada juga yang mengulang tayang video tersebut.

Kapsyen yang ditulis “Our take on…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *