KUALA LUMPUR: Pelawak Zizan Razak lucu apabila pandangan peribadi yang dilayangkan di Twitter berhubung karakter wanita lembut pada luaran tetapi sebenarnya garang, hangat diperkatakan netizen.

Tambah menarik perhatian artis versatil itu, netizen mendakwa sindiran itu ditujukan kepada gadis yang pernah dikaitkan dengannya iaitu pengacara dan aktres, Mira Filzah yang dikenali sebagai wanita lembah-lembut.

Zizan atau nama penuhnya, Mohd Razizan Abdul Razak menafikan tweet itu ditujukan kepada Mira.

Saya dengan Mira sudah lama tidak berjumpa. Tweet itu tidak ditujukan kepadanya. Mesej itu dimuat naik dengan niat terbuka tanpa ditujukan kepada mana-mana individu. Ia berdasarkan pendapat saya melihat rakan-rakan wanita yang memiliki sifat lembut di luar tetapi hakikatnya garang,katanya kepada BH Online.

Zizan menjadi topik perbualan di Twitter selepas memuat naik status mengenai karakter wanita lembut bertukar garang dan bengis selepas menjadi kekasih. Ramai netizen menganggap komen itu ditujukan kepada Mira malah turut menanda nama aktres itu di ruangan komen pada status berkenaan.

Tambah Zizan, apa yang diluahkan tidaklah bermaksud wanita lemah lembut sebenarnya jahat.Apa yang ditulis sekadar apa yang terlintas di fikiran dan pemerhatian saya. Tetapi wanita garang saya fikir sebenarnya manja,katanya.

Sumber : BH

Mira Filzah bagi pickup line dekat Zizan Sweet sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *