Sebelum ini di sosial media, lagi-lagi di Instagram ramai yang berkongsikan wajah seorang gadis berhijab ini. Ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita ini?

Dia bukanlah artis mahupun instafamous terkenal, namun wajah cantiknya kini tengah menjadi topik hangat.

Hendak tahu sebab apa? Ini kerana gambar yang tersebar itu memperlihatkan wajahnya mempunyai tatu dengan saiz yang sangat besar dengan memakai hijab. Bukan setakat di dahi saja, wanita yang dikenali sebagai Iska ini juga mempunyai tatu di beberapa bahagian tubuh lainnya.

Difahamkan Iska yang berasal dari Indonesia ini ketika waktu dahulu merupakan gadis Punk yang sempat menjalani kehidupan yang kelam. Hal ini terbukti dengan telinganya yang ditindik dengan besar dan tatu diseluruh tubuhnya.

Dia kini sudah berhijrah dan menjadi manusia yang lebih baik lagi. Hasratnya ini telah ditulis dalam kapsyen sebuah gambar pada akaun instagramnya.

Mintak doanya biar bisa tobat sepenuhnya amin… ??

A post shared by اَللّهُ (@iskarandy) on

Sememangnya setiap manusia pasti memiliki masa lalu yang kelam. Namun, akhirnya ramai yang menemukan hidayah serta titik baliknya untuk bertaubat.


Sumber : Tribunews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *