Sejak menimbang cahaya mata sulungnya, pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu sering kali memuat naik gambar anaknya itu di laman media sosial.

Dah nama pun pelawak, unsur-unsur jenaka harus diselitkan menerusi kapsyen apabila berkongsi gambar puteri sulungnya iaitu Dariya Inara buat pengikutnya di laman Instagram.

Terbaru, suami kepada pelakon Sari Yanti itu dengan nada bergurau berkata, tugas menidurkan anak merupakan sesuatu yang mudah, apatah lagi sering menidurkan rakan penyampainya, Rahim Sepahtu di konti radio.

“Setakat tidurkan Dariya ni apalah sangat. Abah kat office tidurkan uncle @rahimr2 nakk. #anakabah @sariyanti @dariyainaraofficial,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Pengakuan melucukan berkenaan menarik perhatian peminat pasangan suami isteri ini untuk memberikan komen yang rata-rata terhibur dengan kapsyen tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *