Pelakon cantik, putih gebu dan memiliki senyuman yang manis, Ardell Aryana baru-baru ini tular dengan berita dia telah kemalangan pada awal bulan Ramadhan yang lalu. Ardell yang mengalami kecederaan pada bahagian wajahnya telah menyebabkan dia terpaksa berehat seketika daripada berlakon. Terkini, nama Ardell juga menjadi sebutan netizen setelah dia mula memakai niqab.

Gambar dan video Ardell memakai niqab telah dimuatnaik di laman Instagramnya beserta dengan kapsyen “Dihujung mimpi itu ada cita-cita yang masih tertangguh..“. Boleh terpukau melihat kecantikan Ardell setelah dia memakai niqab. Apatah lagi, menutup aurat tu emnajdi satu kewajipan bagi setiap wanita.

Lihat sahaja renungan mata Ardell, sangat cantik dan pemakaian sepertinya cukup sedap mata memandang.

Walaupun Ardell kurang aktif berlakon sekarang, namun peminat setianya masih mengikuti perkembangan Ardell di laman sosial Instagram. Rata-rata netizen masih mendoakan supaya Ardell cepat sembuh daripada luka yang dialaminya. Malah, ada netizen yang mengatakan Ardell seperti ahli syurga kerana terlalu cantik. Namun ada juga netizen yang hampir nak gugur jantung melihat kecantikan Ardell menutup aurat dengan sempurna setelah memakai niqab.

Diharapkan perubahan Ardell memakai niqab terus istiqomah. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat diri Ardell.

Cantiknya Ardell sudah berniqab…

VIDEO:

Cantiknya, moga terus istiqomah…

Sejuk mata memandang…

Bertentang mata…

Gugur jantung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *