Memulakan kerjaya sebagai seorang pelakon, nampaknya selebriti Zara Zya sudah meluaskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi pula.

Terbaru Zara menerusi laman Instagramnya telah memuat naik video klip pendek di mana dia menyanyikan lagu berkenaan secara langsung di rancangan Selamat Pagi Malaysia. Tampil dengan single terbaru bertajuk Tiada Dendam, siapa sangka pelakon ini berjaya mencuri hati netizen dengan kemerduan suaranya.

Menariknya, pelakon berkenaan berjaya menyanyikan lagu berkenaan secara langsung dengan merdu dan sempurna. Rata-rata memuji kelunakan suara Zara, malah ada yang terkejut dan bertanya mengapa dia tidak memulakan kerjaya penyanyi dari awal.



Video berkenaan yang dimuat naik beberapa jam yang lalu berjaya meraih lebih 100K tontonan di laman Instagram.

Tiada Dendam yang diciptakan oleh Lieynur Liey dan Fauzi Aisunam dan dirakamkan pertengahan tahun lalu berkisar mengenai hubungan cinta yang kandas di pertengahan jalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *