Bayi berusia 17 bulan, Nur Aisyah Hasmizan yang dilaporkan hilang di rumahnya awal pagi tadi berjaya ditemui kira-kira 5 petang ini.

Mangsa ditemui oleh anggota polis yang melakukan pencarian menggunakan unit anjing pengesan di dalam semak di lokasi yang tidak dinyatakan.

Polis turut berjaya menahan seorang lelaki warga asing iaitu suspek yang bertanggungjawab melarikan mangsa.

Dalam kejadian pukul 4 pagi tadi, Nur Aisyah Hasmizan dilarikan oleh penyamun yang menceroboh rumahnya ketika ibu bapanya sedang tidur.

Mangsa disedari hilang oleh ibunya yang ketika itu bangun untuk menyiapkan makanan untuk anak sulung bersahur.

Sumber: Sinar Online / Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *