Ramai tidak tahu siapakah sebenarnya pelakon cantik manis ini iaitu Farah Nabilah?

Farah Nabilah mula dikenali orang ramai apabila memegang watak sebagai Kathy dalam Drama Papa Ricky yang disiarkan di Astro. Kini, drama terbaru lakonan Farah Nabilah berjudul Halalkan Hati Yang Ku Curi (TV3). Jom Kenali Lebih Dekat Gerangan Pelakon Yang Membawa Watak Aisy Dalam Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi (TV3)

Biodata Penuh Farah Nabilah
Nama Panggilan: Farah Nabilah, Tarikh Lahir: 10 Mac 1992, Umur: 25 (2017), Agama: Islam, Bangsa: Melayu, Pendidikan: Jurusan Psikologi, Kerjaya: Pelakon, Model Iklan, Drama: Inikah Cinta, Papa Ricky, Titian Cinta (2017), Twitter : @farahnabilah
Instagram : https://www.instagram.com/fawaaaa/

Trivia Menarik Farah Nabilah
1- Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti SEGi. 2- Fawaarriors merupakan nama kelab peminat. 3- Menjuarai program Pencarian Wajah Aurawhite (PWA) 2015 dan menjadi jurucakap untuk produk kecantikan tersebut. 4- Sebelum dikenali dengan Fawa, si cantik molek ini menggunakan nama asalnya iaitu Farah Nabilah sebagai nama pentas. 5- Gelaran Fawa ini diperolehi daripada seorang rakannya yang pelat dan tidak boleh menyebut namanya dengan betul. 6- Demi belajar dan memperbaiki mutu lakonannya, Fawa suka menonton sekurang-kurangnya satu filem tanpa mengira genre setiap malam. 7- Memulakan langkah seni sebagai model komersil. 8- Mempunyai lebih 60,000 pengikut di Instagram miliknya.

SINOPSIS HALALKAN HATI YANG KUCURI
Kisah pasangan muda suami isteri, Faiq dan Delisha yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah.

Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. Kini mereka faham, keluarga mereka bankrup kerana sikap boros mereka.

Mereka terpaksa hidup bergelandangan dan dianggap pengemis. Mereka belajar erti susah, dan berdikari. Tanpa disangka, Delisha hamil. Keharmornian rumah tangga mereka diganggu oleh Zainal, bekas kekasih Delisha yang muncul semula.

Biarpun hubungan diuji, namun Faiq dan Delisha tabah melaluinya. Faiq bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat baru dan ditawarkan jawatan Pengurus Pemasaran setelah Faiq berusaha dan memberi pelbagai idea yang bernas kepada syarikat yang kian merudum itu. Delisha pula, dipelawa menjadi pereka fesyen di syarikat tersebut. Akhirnya syarikat tersebut kian maju.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *