Walaupun kita seronok balik kampung dan sibuk dengan barangan yang masih perlu di kemas, ada banyak lagi yang perlu dipertimbangkan serta disemak sebelum kita bertolak. Jom baca!

Servis kereta

Pastikan kereta anda selamat dan dalam keadaan tip-top. Saya pasti tiada yang mahu kenderaan mereka rosak dengan tiba-tiba di jalan yang sunyi ataupun gelap.

Kalau boleh, elak dari berhenti di tepi jalan kalau tiada kecemasan kerana takut lori besar, bas ekspres serta kenderaan besar lain tidak nampak kereta anda.

Ini juga boleh menolong mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah (berhenti tepi jalan, kena rompak).

Pastikan jack kereta anda juga berfungsi. Periksa tekanan udara untuk keempat-empat tayar anda dan periksa tayar ganti juga (ini penting dan sering dilupakan!).

Ia adalah lebih baik jika anda mempunyai keahlian perkhidmatan kecemasan jalan seperti AAM atau insurans yang menyediakan perkhidmatan trak tunda.

Cuba mulakan perjalanan dari rumah apabila hari masih siang dan pastikan anda periksa semula barang-barang yang sudah dimuat dalam kereta terlebih dahulu.

Jangan lupa, apabila membawa anak-anak bersama-sama, pasti ada yang menyebabkan delay atau lambat, jadi rancang masa perjalanan anda dengan baik.

Tip dan peringatan lain untuk balik kampung Hari Raya ini

Patuhi had laju lebuhraya untuk keselamatan keluarga dan elak dari disaman., Jangan main whatsapp/text semasa memandu., Lorong kecemasan hanya untuk kecemasan sahaja.
Pakaikan tali keledar dan gunakan carseat., Jangan mengekori kenderaan berat dengan terlalu dekat. Beri perhatian kepada jalan dan kawal stereng kereta dengan kedua-dua tangan. Yang paling penting, kita semua kena bersabar dengan satu sama lain kerana semua pun nak balik ke kampung dengan selamat dan tanpa kejadian yang tidak diingini. Berhenti memandu jika mengantuk, bawa bergilir-gilir apabila perjalanan itu jauh.

Pandulah dengan cermat semasa balik kampung Hari Raya ini. Dapatkan rehat yang cukup pada malam sebelumnya dan amalkan sikap toleransi antara satu sama lain. Jangan bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Biar lambat, asalkan selamat. Selamat pulang ke kampung halaman & Selamat hari raya

Pesanan Aaisyah buat mereka yang dalam perjalanan balik kampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *