Pasti ramai yang sedang sibuk beraya bersama keluarga tercinta malah hari raya pertama menjadi tumpuan ramai untuk bergembira bersama-sama kerana dapat berkumpul. Tidak dilepaskan juga peluang keluarga pelakon cantik Emma Maembong ini untuk bersama meraikan hari raya dengan penuh keriangan.

Wah, kali ini tema ‘hijau’ pilihan Emma Maembong menjadi perhatian netizen selepas beliau memuat naik video di laman sosial Instagram. Emma dan keluarga menerusi video tersebut berada di pantai ‘Terengganu’ dan mereka kelihatan sedang bersuka ria bersama-sama.

Mana kan tak, jika dapat berkumpul sempena menyambut hari raya dan dapat bersua bersama keluarga. Emma yang kelihatan sangat cantik mengenakan baju berwarna hijau itu dan turut dipuji netizen.

Malahan juga, video yang dimuat naik itu telah mendapat lebih 1 juta tontonan daripada netizen dan rata-rata netizen memuji warna pilihan pelakon ini dan turut tidak dilupakan untuk mengucapkan selamat hari raya buat Emma yang sentiasa menjadi perhatian ramai ini.

My family

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Waa hijaunya, hijau alam bumi…


Cantiknya…edisi hijau.


Cantiknye akak hijau semua…

Sumber: IG Emma Maembong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *