Lana Nordin merupakan selebriti yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air dan beliau kini dilihat semakin bahagia dengan bahtera mahligai yang dibina bersama pasangan pilihannya, Mohd Daud Mckienzie.

Pasangan ini memiliki seorang cahaya mata perempuan yang dikenali sebagai Gia malah Lana juga sedang hamil anak kedua. Dalam bersua muka bermaafan bersama keluarga apatah lagi sempena menyambut hari raya pada kali ini, Lana tidak lepaskan peluang memohon maaf dengan suaminya yang merupakan pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS).

Menerusi video yang dikongsi oleh Lana dilaman sosial Instagram miliknya, kelihatan telatah suaminya itu sedang memohon maaf terdahulu dengan keluarga Lana. Lucunya pula, Daud seperti keliru cara bersalam namun tetap sahaja mencuba untuk melakukan seperti kebiasaan yang dilakukan ketika bersalam.

Apatah lagi hari raya merupakan hari yang bahagia, namun apa yang menarik adalah Lana mengusik suaminya itu sebelum bersalam dengan Daud. Apapun, pasangan ini kelihatan sangat ‘sweet’ dan dipuji ramai kerana Daud dilihat sangat mencuba untuk bersalaman dengan keluarga Lana sepertimana yang sering dilakukan ketika ‘sambutan hari raya’.

Lawak dan sweet jer…
Lawak dan sweet jer…

So sweet…hihi cara salam tu paling best…
So sweet…hihi cara salam tu paling best…

Sumber: IG Lana Nodin via KisahDunia.COM via Islamikinfo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *