Pasti sambutan hari raya menjadi hari yang gembira buat semua, tidak ketinggalan juga bagi pelawak terkenal ini iaitu Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah.

Baru-baru ini Achey dan isteri berkongsi keputusan gembira bersama netizen iaitu telah mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama sebagai Nur Tiara Zinnirah Nasir pada bulan ramadan tahun ini.

Berlalunya Ramadan, maka tibanya bulan Syawal dimana semua menyambut hari raya bersama-sama keluarga. Achey turut dilihat sangat gembira dengan memuat naik video rayanya bersama Tiara yang masih bayi itu.

Video berkenaan mendapat lebih 112 tontonan dan rata-rata memuji Achey malah turut tumpang gembira dengan kehadiran bayi comel itu dalam kehidupan pelawak terkenal ini. Pasangan ini telah mengambil keputusan gembira itu setelah lapan tahun bersama dan sehingga kini masih belum punya rezeki untuk dikurniakan cahaya mata.

Apapun, kehadiran Tiara membuatkan pasangan ini semakin bahagia namun lucunya pula menerusi video dikongsi itu netizen mengatakan Achey perlu menyanyi dengan suara yang perlahan dari kebiasaannya.

Mat yi yeee…. @tiara_zinnirahofficial …

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Semoga dipermudahkan segala urusan

Alhamdulilah. Rezeki Allah bagi kat Achey dan isteri

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : KisahDunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *