Siapa tidak kenal dengan pelakon komedi berpengalaman, Bell Ngasri. Kini, Bell sibuk menjadi pelakon untuk segmen parodi dalam rancangan MeleTOP. Selain itu, Bell merupakan seorang pengacara dan pelawak yang aktif dari tahun 1990 sehingga kini.

Bell atau nama sebenarnya Nasrizal atau Ngasrizal Ngasri sangat terkenal dengan perangai yang melawak sesuka hati dan suka menokok tambah dialog jenaka sendiri untuk lebih menghiburkan penonton di luar sana.

Baru-baru ini satu video pendek telah dimuat naik di Instagram milik adik Bell iaitu Darling Ngasri mengenai cara pemberian duit raya Bell yang berkelainan. Video tersebut menjadi tumpuan netizen kerana terhibur dengan cara Bell memberi duit raya dengan harus menyebut nama terlebih dahulu baru sampul duit raya itu diberi.

Haji Bell-khil kasi duit raya daaaa. #siapsiaptulisnama
VIDEO :

Video tersebut telah mendapat 30 ribu tontonan dan rata-ratanya netizen terhibur dengan cara Bell. Malah, ada netizen yang menggunakan cara yang sama kerana pemberian jumlah duit yang berbeza. Siapa tiada nama melepas la tu kan? Hahaha

Siap ada nama kat sampul raya tu…

Nak sebut nama dulu… kalau tiada nama jangankan duit, salam pun tak boleh…

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *