Siapa yang tidak kenal dengan Siti Aafiyah Khalid yang merupakan puteri sulung dan anak kepada pasangan popular yang paling disegani ramai netizen, Dato Seri Siti Nur Haliza dan Dato Seri Khalid Mohamad Jiwa. Kini. sambutan Syawal keluarga Dato Siti lebih meriah kerana dengan kehadiran Siti Aaafiyah.

Baru-baru ni, Dato Siti telah menarik perhatian netizen dengan memuatnaik satu video terbaru mengenai telatah puteri kesayangannya, Siti Aafiyah bersama dengan suaminya, Dato Sri Khalid. Video tersebut merupakan telatah Siti Aafiyah cuba untuk berinteraksi dengan ayahnya. Dato Siti telah memuatnaik video tersebut beserta dengan kapsyen kelakarnya “Ngadu kat Ayah dia lah tu. Ibu sibuk masak laksa Johor dan spaghetti meatballs harini..

Menerusi video tersebut, baby Aafiyah memberikan respon kepada ayahnya.

Rata-rata netizen yang menonton video telatah baby Aafiyah cuba berborak dengan ayahnya telah memberikan pelbagai reaksi dan komen di laman Instagram milik Dato Siti. Netizen memuji baby Aafiyah sangat comel dan lucu. Wajahnya saling tak tumpah dengan wajah Dato Siti. Ada juga netizen yang kata baby Aafiyah dah pandai menyembang dengan ayahnya. Cerdik betul si cilik ni kan.

Malah, ada netizen yang kata waktu baby macam baby Aafiyah ni adalah kenangan yang paling dirindukan kerana waktu netizen tidur, baby akan kejut untuk diajak bersembang.

Comelnya Siti Aafiyah mengadu dekat ayahnya…

Dah pandai sembang…

Lucu, pandai mengadu dekat ayah dia…

Comel macam muka Kak Iti…

Dah dapat mulut mesti banyak cakap…

Orang lain tidur, dia duk kejutkan kita menyembang…

Suaranya merdu macam mak dia, calon wanita hebat…

Sumber: IG Dato Siti Nur Haliza via KisahDunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *