Menerusi video ini, seorang kanak-kanak dirakam sedang terperangkap dalam sebuah kereta dengan kunci di dalamnya. Orang ramai yang berkerumun di luar kereta mencuba sedaya upaya untuk membantunya. Entah bagaimana, dia boleh tertinggal dan terkunci di dalam kereta itu.

Namun, kanak-kanak itu kelihatan tenang dan tetap riang kerana dia pastinya tidak menyedari bahawa dirinya sebenarnya telah terperangkap dalam kereta seorang diri. Lelaki-lelaki yang berkerumun di luar kereta itu cuba memberi arahan kepada kanak-kanak itu untuk mencari kunci yang tertinggal di dalam kereta itu.

Setelah beberapa lama, akhirnya kanak-kanak itu memahami apa yang cuba disampaikan oleh lelaki-lelaki diluar kereta itu. Dia akhirnya turun ke bahagian tempat meletak kaki dan mencari kunci kereta. Pada saat ini, semua orang yang menontonnya sudah mula menaruh harapan untuk membuka kereta tersebut tanpa perlu memecahkan tingkap kereta.

Bolehkah anda meneka apa yang berlaku selepas itu? Ya, kanak-kanak yang bijak ini berjaya menekan butang membuka kereta semula dan pintu kereta yang terkunci akhirnya berjaya dibuka semula. Syukurlah semuanya selamat! Tahniah kepada kanak-kanak yang pintar ini!

Sumber; Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *