Rahim Sepahtu Susut 22.5kg Dalam Masa Sebulan! TIADA lagi tubuh gendut mahupun boyot dikatakan kepada Rahim Sepahtu yang juga penyampai radio SinarFM untuk slot pagi Sepahtu Sinar.

Setelah sebulan bertungkus lumus menjalani kempen ‘MisiXLRahim’, akhirnya beliau berjaya menurunkan ukuran badannya dari XXXL kepada XL. Misi berjaya apabila Rahim telah ditimbang berat bagi memastikan kempennya itu sampai sasarannya.“Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan serta semua peminat yang beri sokongan pada kempen ini,” ujar Rahim.

Rahim sudah mampu tersenyum puas lantaran tubuhnya sudah susut sebanyak 22.5 kilogram dalam tempoh sebulan. Penutupan program ‘MisiXLRahim’ ini dimeriahkan lagi oleh kehadiran beberapa orang selebriti tempatan dan senaman Zumba yang telah diadakan di akhir program.

Rahim kalau tidur memang dah tak sedar sian dia kena pendajal

Rahim mendapat bimbingan dua jurulatih iaitu Coach Amirul dan Coach Aminah bagi melaksanakan misi kempen tersebut.Program ‘MisiXLRahim’ ini telah mendapat banyak sokongan dan perhatian terutamanya dari pihak netizen yang telah memberikan maklum balas yang yang baik berkenaan program ini yang telah berjaya mengubah hidup Rahim kearah kehidupan yang lebih sihat.

Sumber : Mangga Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *