Zulin Aziz sememangnya selebriti yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan malah beliau dikatakan mempunyai pelbagai jenis bakat terpendam yang akhirnya ramai netizen yang suka melihatnya.

Apatah lagi, suaranya juga pernah dikatakan seakan sama dengan penyanyi tersohor iaitu Datuk Siti Nurhaliza. Zulin yang merupakan seorang selebriti yang banyak kebolehan seperti sebagai pengacara, penyampai radio, berlakon malah terbaru beliau sering dipuji mempunyai suara yang merdu.

Dipersoalkan netizen mengapa Zulin tidak menjadi seorang penyanyi, sedangkan beliau acap kali memuat naik video Zulin menyanyi lagi dan ia dipuji ramai. Malah baru-baru ini, beliau turut berkongsi video selebriti in menyanyi bersama rakannya iaitu Sherry Alhadad.

Menerusi video berkenaan, ia telah mendapat 170 k lebih tontonan dan rata-rata netizen memuji Zulin yang dikatakan suaranya boleh membuatkan dirinya bergelar sebagai penyanyi.

Zulin berkata pada mulanya beliau menyanyikan lagu sedih namun Sherry minta lagu rancak dan kerana itulaj ia menyanyi lagu ‘Jangan Kau Mimpi’.

Suara kak Zulin sedap. Kenapa tak nak jadi penyanyi

Perghh ade terkeluar suara sexy tu…masak pandai, nyanyi pandai, berlakon pandai..

Sumber: IG Zulin Aziz via KisahDunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *