Nabila Huda sememangnya pelakon yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan yang merupakan salah seorang artis yang berbakat besar. Tambah pula, Nabila atau turut dikenali sebagai Abil sudah beberapa kali berkongsi video disebalik penggambaran yang menyentuh emosi pengikutnya dilaman sosial Instagram.

Gandingan hebat dirinya bersama pelakon Fizz Fairuz yang dikongsi Abil dilaman sosial Instagram miliknya menjadikan ramai yang marah dengan watak Fizz yang difahamkan sering berlakuan kasar dengan Abil sebagai watak Kamariah iaitu isteri kepada Murad yang dipegang oleh Fizz.

Dilihat keserasian mereka menerusi drama yang bakal ditayangkan di Tv membuatkan ramai tertunggu-tunggu kerana telah membuatkan ramai beremosi marah, sedih dan geram melihat kehebatan lakonan gandingan antara Abil dan Fizz.

Namun berbeza pula kali ini, apabila Abil memuat naik video yang mendapat hampir 600k tontonan yang membuatkan rata-rata netizen terhibur dan mengatakan video kali ini sangat lawak! Video berkenaan merupakan satu cerita disebalik belakang tabir yang melihatkan perangai Fizz dan seorang lelaki yang pernah menjadi viral kerana latahnya.

Mana tak lawaknya, dalam beremosi rupa-rupanya disebalik tabir mereka dapat bergelak ketawa bersama seperti kapsyen yang ditulis oleh Abil.

Komen netizen…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Ig NabilaHuda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *