Pelakon serba boleh dan berperangai gila-gila, Nabila Huda telah membuat netizen berasa tertipu dengan video sedihnya di laman Instagram. Dia yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata sangat kental dan berwibawa dalam dunia lakonannya.

Terbaru, Nabila telah memuatnaik satu video dia sedang menangis di laman Instagram miliknya. Video tersebut telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen “Saying goodbye is the most painful way of solving a problem“

Menerusi video Nabila Huda, difahamkan dialog yang diucapkan oleh Nabila bukan lah daripada dialog drama yang sedang dilakonkannya sekarang iaitu drama Kamariah. Bagi lah apa sahaja watak dengan dialog yang lawak pasti boleh buat Nabila Huda menitiskan air mata. Hebat lakonan Nabila boleh buat netizen tertipu. Kejap ja dah boleh menangis.

Rata-rata netizen yang menonton video Nabila nangis telah memberikan pelbagai reaksi dan komen di laman Instagram Nabila. Ada netizen yang tak faham pada mula dialog yang disampaikan oleh Nabila dalam videonya, namun setelah diulang beberapa kali baru netizen faham rupa-rupanya dialog tersebut pasal nasi, beras, dan nak kurus.

Netizen berasa tertipu dengan scene sedih Nabila yang disangkakannya dialog dalam drama Kamariah. Part last tu memang win habis sampai netizen nak dengar pun terseksa.

Saying goodbye is the most painful way of solving a problem.😂

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Belum apa-apa dah keluar air mata

Kuangsam abil

Nasi jugak dia nak berdrama

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Instagram Nabila Huda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *