Setiap perayaan aidilfitri paling bermakna jika disambut bersama keluarga tercinta. Shuib yang merupakan kelahiran suku banjar yang telah dibesarkan di Johor setiap tahun pasti akan menyambut perayaan di kampung halamannya dengan cara tersendiri.

Shuib merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara yang sangat merendah diri dan rapat dengan peminatnya. Jika diberi kesempatan korang lebih suka beraya di kampung atau di bandar?

Walaupun Shuib dan Siti Sarah merupakan artis yang popular. Pasangan ini masih merasai kehidupan kampung yang sangat indah bersama keluarga tercinta dengan masakan dan lauk pauk yang sangat sedap. Selain itu, Shuib juga boleh memberi pengajaran kepada anak-anaknya untuk hidup secara bersederhana.

Seronok nampak Shuib sekeluarga kan?

Video yang telah dimuat naik telah mendapat tontonan sebanyak 534 ribu dan rata-rata netizen memuji keluarga Shuib kerana masih merasai keindahan beraya di kampung.

Banyak kali tengok video ni! susah dah nak dapatkan balik kenangan ni… sedih.

Bestnya raya dapat mendidik anak-anak beraya di desa sebab itulah raya sebenar…

Sumber: IG Shuib Sepahtu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *