“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa”, itulah yang boleh digambarkan di dalam hubungan akrab anak beranak pelakon Zarina Zainuddin dan dua anak syurganya.

Ketabahan Zarina dalam mendidik dan menjaga dua anak lelakinya pastinya membuatkan rata-rata netizen sayu dan terharu. Selain berkongsi aksi mereka berdua, Zarina turut berkongsikan pengalaman dia menjaga dua anaknya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Tidaklah raya tanpa aktiviti bersalam bersama keluarga bukan? Terbaru Zarina menerusi laman Instagramnya berkongsikan video di mana dua anaknya Azal dan Azil memohon maaf kepadanya.

Malah Beliau juga mengajar anaknya memohon maaf sambil diikuti anaknya.

#throwbackpagirayapertama #bermaafandihariraya #azilazal 💕

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Selain ucapan hari raya, rata-rata netizen terharu melihat lagak Azil dan Azal meminta maaf.

Video berkenaan yang dimuat naik di Instagram beberapa hari yang lalu mendapat hampir 30K likes daripada Netizen. Pelakon berusia 48 tahun berkenaan dikurniakan dua cahaya mata kembar autisme, Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai berusia 22 tahun, Muhammad Naim Azrai, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 hasil perkahwinannya bersama Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar .

Sumber : Instagram Zarina Zainuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *