Seperti dalam paparan video dibawah, seorang kanak-kanak lelaki menunjukkan cara-cara bagaimana membina sebuah perangkap buaya, hanya menumpukan pada sebuah tempat yang mempunyai aliran sungai kecil.

Perangkap ikan adalah perangkap yang digunakan untuk memancing. Perangkap ikan boleh terdapat dalam pelbagai jenis dan setiap satu daripadanya mempunyai fungsi dan keberkesanan yang berbeza.

Pada pada zaman dahulu, perangkap ikan telah dibina daripada kayu dan rotan. Dan sudah pasti anda pernah melihat beberapa perangkap ikan tradisional yang pernah kami siarkan sebelum ini bukan? Tetapi pernahkah anda melihat perangkap dibina dengan menggunakan buluh dan dawai halus, bukan sahaja kelihatan ringkas malah digunakan untuk menangkap buaya?

Kanak-kanak tersebut menggunakan dawai halus dan menaman batang buluh di atas permukaan aliran tersebut. Setelah selesai mengikat dan mencuba tahap kekukuhannya. Dia kemudiannya meletakkan seekor ayam sebagai umpan untuk menarik sang buaya.

Setelah tujuh jam berlalu, dia kembali ke sungai tersebut untuk melihat hasil tangkapannya. Amat menakjubkan bahawa perangkap seringkas itu berjaya mendapatkan tangkapan yang hebat!

Sumber; Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *