Tahniah diucapkan buat usahawan kosmetik, pelakon dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri serta isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang selamat menimang cahaya mata keempat semalam. Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Aliff menerusi beberapa posting laman Instagram miliknya sepanjang proses kelahiran tersebut.

Akhirnya, penantian 6 tahun!Yusuf al Qardawi nama diberi

Isterinya juga turut meluahkan rasa syukur atas kurniaan bayi lelaki seberat 3.15 kilogram itu serta mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang mendoakannya.

Terima Kasih Allah SWT atas anugerah ini……saya telah pun selamat melahirkan khalifah kecil ini bayi lelaki pada 25/6/2018 bersamaan Hari Isnin…. . . Alhamdulillah selamat semuanya…..terima kasih nenek @bondarozitaibrahim masakkan makanan berpantang …sedap x rasa mcm berpantang pun… . Terima kasih semua yg tak putus2 rakan2 di ig dan fb yg mendoakan saya dan bayi ini….terima kasih kepada suami tercinta @aliffsyukriterlajaklaris …yg excited tunggu baby sampai saya pun confius siapa sebenarnya doktor … terima kasih doktor saya Dr Datin Suhaiza Salleh…doktor paling best rasa nak beranak je tiap tahun😅….. . . Terima kasih Kedua ibu bapa dan mertua tercinta yg menemani dan sentiasa mendoakan saya. . Mudahan anak ini @yusoffalqardawi menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia dan akhirat amin…

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

“Terima Kasih Allah SWT atas anugerah ini. Saya telah pun selamat melahirkan khalifah kecil ini bayi lelaki pada 25/6/2018 bersamaan hari isnin.
“Alhamdulillah selamat semuanya. Terima kasih nenek @bondarozitaibrahim masakkan makanan berpantang, sedap tak rasa macam berpantang pun.
“Terima kasih semua rakan2 di IG dan FB yang tidak putus2 mendoakan saya dan bayi ini. Terima kasih kepada suami tercinta @aliffsyukriterlajaklaris yang excited tunggu baby sampai saya pun confius siapa sebenarnya doktor.
“Terima kasih doktor saya Dr Datin Suhaiza Salleh, doktor paling best rasa nak beranak je tiap tahun. Terima kasih kedua ibu bapa dan mertua tercinta yang menemani dan sentiasa mendoakan saya.
“Mudahan anak ini @yusoffalqardawi menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat, amin,” katanya menerusi posting di laman Instagram miliknya.

Namun keceriaan dan semangat yang dipamerkan Nur Shahida mendapat perhatian netizen apabila dia kelihatan berselera dengan menikmati juadah masakan oleh ibu mertua yang mempunyai sifat penyayang. Syok tengok datin lalu makan!

Cerianya datin, tak macam orang baru lepas bersalin pun?

Bertuah ada mertua macam bonda…

Baiknya mak mertua!

Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6. Pasangan ini mengambil anak angkat pada tahun lalu iaitu Ameena pada bulan Oktober yang kini berusia sembilan bulan dan Qayyum pada awal Disember yang usianya tujuh bulan.

Sumber : Instagram Nur Shahida

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *