Tidak ramai yang boleh membaca fikiran Jason McDonald apabila beliau mengambil keputusan untuk berpakaian seperti seekor T-Rex dan memasuki kawasan seekor buaya.

Lelaki yang berasal dari Colorado itu mengakui bahawa penglihatan beliau terhad di dalam sut dinosaur yang dipakainya sewaktu mengusik reptilia seberat 227kg itu.

“Walaupun saya mempunyai gerakan refleks yang pantas, tetapi sekiranya buaya tersebut menyerang, saya akan mengalami hari yang buruk,” gurau lelaki berusia 35 tahun itu.

Namun Jason bernasib baik kerana buaya tersebut yang diberi nama Morris merupakan bintang filem yang telah dilatih dan membintangi filem-filem seperti filem Dr. Dolittle dan Happy Gilmore.

Tambah Jason, “mungkin ianya kelihatan seperti kami sedang mengusik buaya tersebut, tetapi Morris kini sangat berisi jadi kami perlu membuatnya bergerak sewaktu memberinya makan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *