Berita gembira yang telah dikongsi oleh Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah dan isteri terhadap netizen membuatkan rata-ratanya turut tumpang gembira dengan kegembiraan pasangan ini yang telah mengambil anak angkat perempuan iaitu “Nur Tiara Zinnirah Nasir”

Seringkali berkongsi berita tentang isteri dan keluarga, kali ini Achey berkongsi telatah isteri yang dikenali sebagai Anne bersama Tiara dilaman sosial Instagram yang membuatkan rata-rata netizen terhibur. Mana taknya jika kapsyen Achey menunjukkan Anne yang sedang mencari barang bayi dengan keadaan ‘Mak Mak’ “Seluar senteng…tak siap bini aku ni sian laa…”.

Namun netizen mengatakan bahawa itu merupakan satu lumrah apabila mempunyai anak yang pastinya membuatkan para ibu tidak sempat untuk bersiap kerana masanya lebih fokus kepada anak. Video berkenaan telah mendapat tontonan lebih 250k daripada netizen.

Tahniah jaga elok-elok baby…

Haha.. Ini lawak! Tak dan nak melawoo laa dah ada baby kan Anne

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Instagram Achey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *