Suami kepada pelakon Sheila Rusly, Jinggo yang terkenal dengan panggilan Tok Sidang dan juga Pengarah terkenal, sememangnya sangat suka menyakat orang di sekelilingnya dan sangat lawak. Semua tahu keakraban Ayda Jebat dan Janna Nick dengan keluarga mereka kan?

Keakraban dua pelakon ini bagaikan sebuah keluarga, mana tidaknya sehinggakan Janna Nick juga dikaitkan dengan gosip percintaan bersama anak lelaki mereka. Pun begitu, Janna Nick menafikan hal itu dan menyatakan hubungan mereka tidak lebih daripada itu.

Terbaru, Tok Sidang memuat naik sebuah video dimana terlihat Janna Nick baru sahaja turun daripada tingkat atas dan Tok Sidang mula mengomel tentang waktu Janna bangun dari tidur.

“Apa punya anak dara, balik pagi subuh, bangun tengahari. Harap muka, harap muka je cantik! Perangai buruk”

Janna yang tersenyum menerangkan kalau sebab dia balik lambat dan bangun lambat kerana tengok bola. Maklumlah sekarang kan musim bola betul tak? Selepas itu Tok sidang membidas balik kenyataan Janna..

“Habistu awak sorang tengok bola dalam dunia ni? Saya pun tengok bola semalam..”

Yang tidak boleh tahannya soalan selepas itu benar-benar mencabar apabila Jinggo bertanya sama ada Janna bangun untuk solat subuh atau tidak! Alamak..

“Ok nak tanya awak subuh tak pagi tadi? Ahahahaha!”

Janna bertanya kenapa tidak mengejutkannya, jawapan balas Tok Sidang kali ini berbunyi..

“Hello, saya tidur saya kena kejut awak sahur, awak makan beli sate saya kena habiskan, awak bangun subuh pun saya kena kejut?

Selepas itu Janna Nick yang tidak lagi mahu melayan Tok Sidang memandang ke arah lain, tiba-tiba Tok Sidang berkata wajah Janna pada pagi ini tidak berapa cantik, terus Janna memalingkan muka dan menjelingnya. Hahaha marah ye Janna.. Hehe..

VIDEO:

Suke tengok Tok Sidang Sakat Anak-anaknya..

Tak Pernah Tak Comel Kalau SUdah Sakat Menyakat..

Sweet Family..

Min berharap perhubungan mereka ini tidak akan putus dan akan berkekalan sebegini selamanya..

Sumber: IG Jinggo Tok Sidang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *